|
|
SEKIRANYA anda sedang mencari kebahagiaan di alam remaja, lupakan pil dan diet tambahan. Pengalaman pengembara Dan Buettner yang melawat empat buah lokasi mendapati, masyarakat di kawasan tersebut masih hidup mencecah umur antara 90 tahun hingga 100 tahun.
Pengalaman yang diperoleh dicatatkan dalam bukunya yang bertajuk The Blue Zones.
Semuanya melibatkan pengambilan makanan dalam hidangan yang kecil, cara hidup yang aktif dan minum banyak air kosong.
“Jika ada seseorang memberitahu anda bahawa mereka mempunyai pil atau ubat yang boleh memanjangkan hidup, jangan sesekali terpengaruh. Ia hanya merugikan duit anda,” jelas Buettner, 48 tahun.
Beliau menyenaraikan empat buah lokasi tersebut adalah kawasan pergunungan Barbagia di daerah Sardinia, kepulauan Itali, Pulau Okinawa Jepun, komuniti Seventh-Day di Loma Linda, California, kira-kira 60 batu (100 kilometer) dari timur Los Angeles. Dan, semenanjung Nicoya, Costa Rica di Central Amerika.
|
|
Nama Blue Zones diambil daripada dakwat biru Belgian yang digunakan oleh para pengkaji demografi, Michael Poulain yang menandakan kawasan yang didiami masyarakat yang hidup dalam tempoh masa yang lama di Sardinia.
Pengembaraannya selama tujuh tahun atas tujuan untuk menjalankan kajian telah dibahagikan kepada beberapa pecahan. Antaranya ialah golongan dewasa yang bertenaga, hubungan kekeluargaan yang rapat, matlamat hidup dan tabiat pemakanan yang sihat.
Pecahan-pecahan tersebut diletakkan dalam ruangan Power Nine, di mana para pembaca dapat mencipta Blue Zones mereka sendiri.
Bagi mencari kebenaran dan rahsia hidup dalam tempoh yang panjang Buettner sanggup mengetuai tiga ekspedisi berbasikal jarak jauh. Pengembaraan tersebut bermula dari Amerika Utara hingga ke Amerika Selatan. Seterusnya menyeberangi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Soviet Union serta merentas Afrika, pada tahun 1980 dan 1990.
Dia juga menggunakan Internet untuk mengambil kelas interaktif dalam usaha mencari jalan penyelesaian kelemahan zaman tamadun Orang Asli di Afrika.
Buettner melakukan ekspedisi pertamanya ke Okinawa pada tahun 2000 dan menulis rencana utama untuk National Geographic yang bertajuk, Rahsia Hidup Lama, sekitar tahun 2005.
Sementara itu, buku Blue Zones yang diterbitkan oleh National Geographic telah berada di pasaran pada bulan Mac lalu.
Paling membanggakan apabila buku itu di tangga ke-15 dalam senarai penjualan buku terbaik, The New York Times.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Panjang Umur Antarabangsa, Dr. Robert Butler menyatakan, untuk hidup lama bergantung kepada kehendak manusia itu sendiri. Tapi, beliau begitu skeptikal menyatakan kawasan-kawasan yang didiami oleh mereka yang umur panjang.
|
|
“Kawasan-kawasan yang dimaksudkan hanyalah khabar angin dan tidak benar,” jelas Butler yang memberi pendapat dalam Blue Zones tetapi tidak membaca buku itu.
Buettener begitu berhati-hati terhadap sikap skeptisme, tetapi memberitahu bahawa dia dan ahli kumpulannya (pakar demografi) menjalankan kajian menggunakan kaedah yang betul.
Segala maklumat yang diperoleh dengan cara pemeriksaan data kelahiran dan kematian serta mencatat umur penduduk dalam Blue Zones.
“Kami mempunyai data nombor yang menunjukkan tempat-tempat di Blue Zones yang mempunyai penduduk yang hidup lama. Ini bukan sekadar cerita dongeng,” jelas Buettner.
Disebabkan obesiti dan tabiat merokok, masyarakat Amerika hanya hidup selama 10 tahun sahaja daripada usia yang sepatutnya. Ini diakui sendiri oleh penolong pengarang buku Living to 100. Beliau memberitahu sekiranya rakyat Amerika masih mengamalkan tabiat sebegitu maka kesan kesihatan terhadap orang awam semakin meningkat.
Buettner mendapati, individu yang panjang umur mempunyai matlamat hidup dan sokongan yang kuat daripada orang lain. Di Okinawa mereka sentiasa berkumpul dalam kumpulan sosial yang dikenali sebagai moais.
Bahkan pada usia 100 tahun, mereka masih menghabiskan masa bersama-sama pada pukul 5 petang setiap hari. Mereka akan duduk, menikmati dua gelas arak, bergosip dan berbual mengenai seks. Jika salah seorang tidak menyertai perjumpaan tersebut, empat ahli yang akan datang ke rumah, bagi mengetahui sekiranya rakan mereka sedang berada dalam kesusahan.
Selain hidup gembira, hadkan pengambilan makanan dan amalkan pemakanan yang sihat adalah kunci untuk kekal hidup lama.
Masyarakat di Centenarians di Sardinia, Okinawa dan Nicoya jarang mengambil daging dalam menu harian. Namun, sesetengah kumpulan agama hanya mengamalkan diet sayuran manakala sebahagian kumpulan agama pula menikmati kacang. Sementara itu, di Okinawans mereka mengambil tofu.
Sinaran matahari memberikan sumber vitamin D. Ia juga menjadi rutin apabila penduduk di kawasan Blue Zones menjemurkan diri.
“Kita tidak seharusnya membakar diri sendiri. Tetapi, 20 minit setiap hari adalah waktu yang memandai untuk kita menikmati pancaran matahari,” katanya lagi.
Buettner juga mengurangkan aktiviti fizikalnya. Selepas beberapa tahun aktif berbasikal, dia mula melibatkan diri dalam yoga sebagai senaman utama. Dia kini menetap di Tasik Isles yang terletak di Minneapolis. Setiap kali musim panas tasik tersebut akan menjadi tumpuan orang ramai untuk bermain luncur dan meluncur ais tatkala musim sejuk.
Kehidupan moden kini menjejaskan reputasi Blue Zone untuk kehidupan lama. Ini kerana Buettner menyatakan kadar obesiti di Sardinia sangat tinggi apabila golongan mudanya gemar menikmati makanan ringan dan minuman soda.
Maklumat lanjut, lawati laman web: http://www.bluezones.com atau http:// www.nationalgeographic.com.
No comments:
Post a Comment